PERKAHWINAN MASA BELAJAR
Apakah sebab ramai pelajar kawin masa
pengajian?
·
Tuntutan agama
Agama Islam
menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat
zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh
meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat
kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita
apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus
melengah-lengahkannya?
·
Mengelak daripada zina
Hati manusia mana
yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah
setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18
tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh
berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia
sudah menjengah 29 tahun.
·
Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini
hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua
bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi
dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.
·
Menimbulkan ketenangan jiwa
Jiba bertanya
kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa
asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar difahami
dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan
tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah;
tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat
bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya
mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina 
·
Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat
merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih
berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau
ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih
berfaedah dan matang.
·
Membaiki diri
Ramai
mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka
adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang
lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis
sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas
rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
·
Plan jangka panjang
Jika berkahwin
muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun
tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar
panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun
sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya
berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan 
·
Tenaga Batin yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di
usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian
perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa
juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun,
anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku
komplikasi.
·
Rezeki bertambah
Antara alasan
mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan
kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim
duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi
percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa
ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya
rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak
anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada
rahmat-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan